PROFIL


LENCANA SEKOLAH



LENCANA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK KUMBAR TERDIRI DARIPADA TIGA WARNA UTAMA, IAITU
MERAH, BIRU DAN KUNING.


MERAH simbol KEBERANIAN
BIRU simbol KERJASAMA
KUNING simbol PENGHORMATAN


BUKU melambangkan usaha ke arah KECEMERLANGAN KURIKULUM
SEGI TIGA melambangkan perkembangan SAINS DAN TEKNOLOGI
RODA BERGERIGI melambangkan langkah menuju WAWASAN
EMPAT GARIS LURUS melambangkan KECEMERLANGAN
KOKURIKULUM


MOTO SEKOLAH
BERUSAHA, BERILMU, BERJASA
merupakan kata-kata keramat yang menjadi pendorong kepada
warga sekolah seluruhnya untuk terus gigih memartabatkan
ilmu pendidikan sebagai tanda kasih kepada
AGAMA, BANGSA dan NEGARA

VISI SEKOLAH

MENJADIKAN SMK TELOK KUMBAR SEKOLAH CEMERLANG
MENJELANG 2016


MISI SEKOLAH

MEMBANGUNKAN SAHSIAH PELAJAR KE ARAH KECEMERLANGAN
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERTERASKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


PIAGAM SEKOLAH

MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DARI SEGI SAHSIAH, KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

MEWUJUDKAN SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
KONDUSIF, INOVATIF DAN KREATIF

MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONALISME GURU MELALUI
PERMUAFAKATAN

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PRASARANA SEKOLAH KE
TAHAP YANG OPTIMUM

MENINGKATKAN SEMANGAT PERPADUAN DAN
KEADILAN YANG MENYELURUH

MEWUJUDKAN BUDAYA MESRA KOMUNITI

MELAKSANAKAN SEGALA DASAR DENGAN PENUH ILTIZAM
MELALUI BUDAYA KERJA CEMERLANG

BERSEDIA MENERIMA TEGURAN DAN SARANAN UNTUK MENINGKATKAN
KUALITI PERKHIDMATAN ORGANISASI

MEMASTIKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI MENCAPAI TAHAP SKPM



SEJARAH SEKOLAH

SMK Telok Kumbar terletak di kawasan luar bandar di Kampung Sungai batu di Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Lokasinya yang berada di kaki bukit sungguh strategik kerana pemandangan alma semulajadi yang indah menjanjikan suasana yang tenang dan sesuai untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar ditubuhkan pada 01 Disember 1989. Sebelum itu SMKTK menumpang di SRK Bayan Lepas selama setahun. Pada waktu itu hanya 18 orang guru bertugas bersama-sama 3 orang staf sokongan dengan 240 orang murid tingkatan 1 dan peralihan. Tuan Haji Saad Bin Haliff bertindak sebagai Pemangku Pengetua pada masa itu.

Bangunan baru sekolah yang bertempat di Telok Kumbar siap pada 03 Disember 1990. Bangunan sekolah ini terdiri daripada 3 buah bangunan iaitu 2 blok bangunan 3 tingkat yang diberi nama Blok Aspirasi dan Blok Bestari dan 1 blok bangunan 4 tingkat yang diberi nama Blok Canggih. Setelah bangunan baru siap dibina, Encik Abdul Hamid Haji Mohamad dilantik sebagai pengetua yang pertama.

Pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan 4 tingkat yang diberi nama Blok Dinamik dan 2 makmal komputer telah dibina bagi menampung keperluan pelajar. Pada tahun yang berikutnya sebuah dewan besar yang diberi nama Dewan An-Nur telah dibina untuk pelbagai kegunaan.

Pada masa kini Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar membuka 31 buah bilik darjah untuk 940 orang murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dengan 63 orang guru dan 11 orang staf sokongan. Sekolah juga kini dibantu oleh 15 orang kakitangan kontrak kebersihan dan 8 orang kakitangan kontrak keselamatan.