VLE FROG SMKTK

Portal VLE FROG SMKTK 

MEMPERKASAKAN GENERASI MASA DEPAN MENERUSI INTERNET BERKELAJUAN TINGGI
1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

PENYELESAIAN BERSEPADU
Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.

Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan
Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan

Di Luar Kawasan Sekolah: Fleksibiliti dan Mobiliti
Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan dicloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.

KERJASAMA TEKNOLOGI
Penyelesaian pendidikan bersepadu generasi baru akan dilaksanakan oleh kepakaran YTL Communications Sdn Bhd, selaku rakan teknologi rasmi KPM untuk projek 1BestariNet.YTL Communications Sdn Bhd adalah subsidiari syarikat utiliti, YTL Power International Berhad dan beroperasi sebagai penggerak telekomunikasi dalam YTL Corporation Berhad Group. YTL Communications bertekad menyediakan perkhidmatan berpatutan bertaraf dunia untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat di seluruh Malaysia menerusi rangkaian Internet mudah alih 4G yang sedang dibangunkan. Meningkatkan taraf kehidupan masyarakat
Telekomunikasi amat penting dalam pembangunan masyarakat dan negara di seluruh dunia. Sebagai masyarakat korporat yang bertanggungjawab, YTL Communications komited untuk:
1.      Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.
2.      Meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.
3.      Menyokong inisiatif mempromosikan inovasi berteras teknologi.
4.      Membentuk pemimpin masa depan berkualiti dengan sokongan pendidikan dan pembelajaran yang mantap.
5.      Meningkatkan cara penyampaian pendidikan menerusi penyelesaian pembelajaran Internet bersepadu.