Tuesday, November 4, 2008

SELAMAT MELAYARI BLOG SMKTK

Smk Telok Kumbar terletak dikawasan luar bandar di Kampung Sungai batu di Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Lokasinya yang berada di kaki bukit sungguh strategik kerana pemandangan alma semulajadi yang indah menjanjikan suasana yang tenang dan sesuai untuk perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbart ditubuhkan pada 01 Disember 1989. Sebelum itu SMKTK menumpang di SRK Bayan Lepas selama setahun. Ketika itu hanya 18 orang guru bertugas , 3 staf sokongan dan 240 orang pelajar tingkatan 1 dan peralihan. Tuan Haji Saad Bin Haliff bertindak sebagai Pemangku Pengetua pada masa itu.

Bangunan baru sekolah yang bertempat di Telok Kumbar siap pada 03 Disember 1990. bangunan sekolah ini terdiri daripada 3 buah bangunan iaitu 2 blok bangunan 3 tingkat yang diberi nama Blok Aspirasi dan Blok Bestari dan 1 blok bangunan 4 tingkatyang diberi nama Blok Canggih. Pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan 4 tingkat yang diberi nama Blok Dinamik dan 2 makmal komputer telah dibina bagi menampung keperluan pelajar. Pada tahun yang berikutnya sebuah dewan besar yang diberi nama Dewan An-Nur telah dibina untuk pelbagai kegunaan.

Pada masa kini terdapat 29 buah kelas iaitu 6 kelas tingkatan 1, 6 kelas tingkatan 2, 5 kelas tingkatan 3, 5 kelas tingkatan 4, 5 kelas tingkatan 5 dan 2 kelas tingkatan 6

No comments: